
Kita
mungkin tahu bahawa Islam berkembang dengan begitu meluas dengan banyak
negara berjaya dibebas dan bernaung di bawah Khalifah Umar al Khattab,
begitu juga khalifah-khalifah selepas beliau dari zaman Umayyah,
Abbasiyah mahupun Uthmaniyyah.
Selepas zaman kegemilangan Islam
itu, kita mungkin kenal dengan Napolean Bonaparte dari Perancis dan
Adolf Hitler dari Jerman.Begitu juga dengan penakluk sebelum zaman
Islam, kita mungkin pernah mendengar nama Alexander The Great dari
empayar Greek dan Cyrus The Great dari empayar Parsi, kedua-dua mereka
pernah didakwa sebagai Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan di dalam Al
Quran dan Hadis. Namun kedua-dua mereka tidak setanding dengan peribadi
mahupun wilayah taklukan yang berjaya dikecapi oleh Iskandar Zulkarnain
yang menguasai Barat dan Timur kedua-duanya dan yang membenteng Ya'juj
wa Ma'juj.
Jika saya menyebut nama Rockefeller sebagai penakluk
dunia seterusnya, mungkin ada yang tertanya-tanya ,"siapakah
Rockefeller?". Rockefeller mungkin tidak penting bagi anda, namun bagi
dunia global Rockefeller adalah keluarga kaya yang penting samada dari
segi sejarah atau masa depan dunia.
JOHN D. ROCKEFELLERBeliau
John D. Rockefeller adalah pemain dan pemonopoli industri minyak
sekitar tahun 1870-an sehingga menjadi orang terkaya di dunia ketika
itu.Syarikatnya adalah Standard Oil di Amerika Syarikat. Malah
sesetengah penganalisa mendapati jika Bill Gates yang dikatakan orang
paling kaya dalam dunia ketika ini pun masih belum dapat menandingi
kekayaan John D. Rockefeller.
John D. Rockefeller digambarkan
seorang yang warak agama sebagai penganut Kristian Protestan yang
dibaptis dan disokong banyak institusi gereja, beliau boleh dianggap
sebagai pejuang Kristian Protestan dan penyokong Baptist yang kuat.
Beliau begitu kuat memperjuangkan satu cita-cita besarnya untuk dunia sejagat. Beliau pernah berkata,
"I had no ambition to make a fortune; mere moneymaking has never been my goal. I had an ambition to build."
"Saya
tidak punya cita-cita untuk keuntungan; membuat duit tidak pernah
menjadi matlamat saya. Saya punya satu cita-cita untuk dibina"
Apakah cita-cita Rockefeller untuk dunia? Belum ada yang benar-benar pasti dengan jawapannya.
Pada
5 Mei 1911, mahkamah telah mengarahkan monopoli Standard Oil
dipecahkan, lalu apa yang Rockefeller lakukan adalah mewujudkan
syarikat-syarikat minyak berbeza yang semuanya masih dipegang oleh
Standard Oil secara syer, seperti Standard Oil untuk New Jersey (Esso),
Standard Oil untuk New York (Mobil), Standard Oil untuk Indiana (Amoco),
Standard Oil untuk California (Chevron), dan Atlantic Refining (ARCO),
serta Continental Oil (Conoco).
Pada 1914 ketika minyak mula
dijumpai di Timur Tengah, monopoli Standard Oil dalam industri minyak
mula dipecahkan oleh rangkaian pemain industri di Laut Kaspia. Ketika
minyak Rusia mula terkeluar dari pemain di Laut Kaspia oleh Revolusi
Rusia 1917, pemain minyak asing yang tinggal adalah negara-negara Arab.
Keperluan untuk menguasai minyak di negara-negara Arab pada kurun ke-16
itu begitu mendesak.
PALESTINPerang
Dunia pertama tercetus pada tahun yang sama minyak dijumpai di Timur
Tengah iaitu pada 28 Julai 1914. Di sini, campur tangan Rockefeller
dalam permainan politik dunia bermula apabila beliau telah menaja
kedua-dua belah pihak yang berperang, Tentera Bersekutu(Serbia, Rusia,
Perancis,Belgium, British dan negara komanwel,Amerika Syarikat,
Itali,Jepun,Greece, Romania) dan juga Kuasa-kuasa Pusat
(Austria-Hunggary, Jerman,Empayar Uthmaniyyah, Bulgaria). Perang Dunia
Pertama berakhir pada tahun 1918 menyaksikan kekalahan pihak Kuasa-kuasa
Pusat. Negara yang kalah terpaksa menyerahkan beberapa kawasan taklukan
dan beberapa jajahan kepada pihak bersekutu, termasuk nasib yang
tertimpa wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah khususnya Palestin.
Setahun
sebelum Perang Dunia Pertama berakhir iaitu pada tahun 1917, Arthur
James Balfour telah menghantar surat kepada Lord Rothschild yang
merupakan pemimpin Zionis British, dengan mengisytiharkan bahawa
Palestin adalah Tanah Air Yahudi yang dikenali selepasnya sebagai
Deklarasi Balfour. Tahun yang sama juga 1917, Presiden Amerika Woodrow
Wilson yang sebelumnya neutral dalam Perang Dunia Pertama telah dipujuk
oleh para pemimpin Yahudi Amerika telah bertindak mengisytiharkan
penyertaan Amerika dalam Perang Dunia Pertama dan menyatakan pendirian
beliau sebagai "tidak membantah" Deklarasi Balfour. Tahun berikut
selepas Perang Dunia Pertama berakhir 1919, dalam satu konferensi di
Istana Versailles yang dikenali sebagai Konferensi Perdamaian Paris 1919
yang cuba mendamaikan blok sekutu yang menang dan blok kuasa pusat yang
kalah. Hasil dari perjanjian ini antaranya tertubuhnya Liga
Bangsa-bangsa yang merupakan idea Woodrow Wilson.
Pada tahun 1922
iaitu 3 tahun selepas tertubuhnya Liga Bangsa-bangsa, wilayah Palestin
yang sebelumnya bawah Turki Uthmaniyyah kerana kekalahannya dalam Perang
Dunia Pertama telah diberi kepada pihak British (negara yang menyokong
Zionisme dan Deklarasi Balfour paling kuat) dan diberi nama sebagai
Mandat Palestin.Siapa yang beri Palestin kepada British? Liga
Bangsa-bangsa yang beri. Jika sebelum Perang Dunia Pertama, Aliyah
Pertama yang merupakan program memindah orang Yahudi ke tanah Palestin
sedikit lembab, selepas tamat Perang Dunia Pertama perpindahan Yahudi
diteruskan sehingga Aliyah Keempat, namun populasi Yahudi masih belum
memberangsangkan.
Sehingga terjadi "Holocaust" yang didakwa
sebagai program membunuh Yahudi oleh pihak Nazi Jerman, Aliyah Kelima
perpindahan orang Yahudi ke Mandat Palestin meningkat sehingga
seperempat juta orang.Setelah berlaku kemarahan orang Arab dan penduduk
dunia ke atas perpindahan yahudi itu, Aliyah Bet (1934-1948) program
perpindahan Yahudi secara bawah tanah dijalankan.
Sehinggalah
Perang Dunia Kedua pula tercetus 1939 apabila Jerman bawah pemimpin
Nazi, Adolf Hitler menyerang Poland.Pada saat akhir perang ini,
perpindahan Yahudi ke Palestin meningkat mendadak. Setelah 6 tahun
berlangsung, pada tahun 1945 sekali lagi musuh negara bersekutu yang
dulunya dikenali sebagai Kuasa Pusat, dipanggil pula kali ini sebagai
Kuasa Paksi telah kalah. Kali ini Liga Bangsa-bangsa dibubarkan dan
diganti oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1945 di California,
Amerika Syarikat.
Menariknya, 2 tahun selepas PBB ditubuhkan
1947, British mahu menarik diri dari Mandat Palestin dengan alasan gagal
mendamaikan kekerasan Arab-Yahudi di Palestin.Dan pada tahun itulah
1947, PBB mengisytiharkan dua negara iaitu Palestin untuk orang Arab,
dan Israel untuk orang Yahudi dalam Resolusi Majlis Umum PBB. Pada tahun
1948, puak Zionis mengumumkan kemerdekaan negara Israel yang bersetuju
akan tanah diberi PBB, namun ditentang keras oleh negara-negara Liga
Arab. Maka tercetuslah Perang Arab-Israel 1948.Setelah tamat perang
tersebut pada tahun 1949, Israel dengan rasminya diterima menjadi
anggota PBB.
Maka apa kaitannya sejarah Palestin ini dengan Rockefeller. Hal itu dapat dilihat pada peristiwa penting berikut:
1) Pertemuan minyak di tanah Arab 1914 dan Perang Dunia Pertama 1914.
2) Deklarasi Balfour 1917 dan penyertaan Amerika bawah Woodrow Wilson 1917.
3) Tamat Perang Dunia Pertama dan tertubuhnya Liga Bangsa-bangsa 1919 dan pemberian Palestin pada British 1922.
4) Perang Dunia Kedua oleh Nazi 1939 dan perpindahan Yahudi dalam Aliyah Bet 1934-1948.
5)Tamat Perang Dunia Kedua dan tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1945 dan pengisytiharan dua negara di Palestin 1947
6) Perang Arab-Israel 1948 dan Israel sebagai anggota PBB pada 1949
Kaitan Rockefeller dalam kronologi di atas adalah seperti berikut:
1)
Standard Oil tidak mahu monopoli mereka dipecahkan selepas minyak
dijumpai di tanah Arab 1914 dan Perang Dunia Pertama 1914 juga dipanggil
sebagai
"Perang Minyak".
2) Penajaan Rockefeller dalam Perang Dunia Pertama 1914 kepada kedua-dua pihak bersekutu dan kuasa pusat melalui
Rockefeller Foundation yang ditubuhkan setahun sebelum itu,1913.
3)
Pengaruh Standard Oil di Amerika dan kaitan dengan mendesak Presiden menyertai Perang Dunia Pertama melalui kumpulan
"War Hawks" juga bantuan
kewangan kepada Liga Bangsa-bangsa.
4) Bantuan kepada Nazi untuk ekonomi Jerman oleh
Rockefeller Chase Bank ."The Great Depression"1919 yang punya
kaitan Rockefeller-Morgan itulah yang buat naiknya pengaruh Nazi di Jerman 1930.
5) Bantuan kewangan kepada PBB malah tapak PBB di New York juga adalah
ihsan Rockefeller.
6) Pembelian tanah dan menaja pembinaan bangunan di Israel contohnya
Muzium Arkeologi Rockefeller di Baitulmaqdis (1925).
WILAYAH ARABKembali
kita kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa yang diumum di Paris pada
tahun 1919. Antara tokoh yang berada dalam konferensi perdamaian 1919
itu adalah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles,
Paris.
Baik, siapa Emir Faisal ini? Beliau adalah anak kepada
Hussein bin Ali , Sharif Mekah. Ayahnya menjadi Sharif Mekah sejak zaman
Turki Uthmaniyyah dan menjadi Raja Hijjaz setelah Pemberontakan Arab
1917-1918 menentang khilafah atas niat beliau ingin menjadi khalifah
islam, bersekutu dengan British demi cita-citanya membina empayar
Dinasti Bani Hashim di semenanjung Arab . Turki Uthmaniyyah yang
bersekutu dengan Jerman dalam Kuasa Pusat telah cuba menghalang
pemberontakan Sharif Hussein ini, walaubagaimanapun Sharif Hussein
berjaya menguasai kawasan Hijjaz termasuk mengekalkan pemerintahan
Mekah-Madinah dari tahun 1916 hingga tahun 1924 dengan bantuan British
dan Perancis serta menggelar dirinya Khalifah bagi umat Islam.
Ketika
pemberontakan 1916-1917 itu Emir Faisal membantu ayahnya untuk
menentang Turki Uthmaniyyah bekerjasama dengan agan British di Mesir,
T.E Lawrence.Sesuai dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung ketika
itu, pihak Sharif Hussein bersama pihak bersekutu, dan Turki Uthmaniyyah
bersama kuasa pusat. Setelah kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang
Dunia Pertama, Emir Faisal tidak kurang mendapat untung bersama ayahnya.
Banyak wilayah-wilayah takluk Turki Uthmaniyyah diserah kepada
mandat-mandat British. Beliau menjadi wakil Arab membuat perjanjian
dengan Presiden Israel pertama dan juga ketua organisasi Zionis sedunia
Chaim Weizmann yang dikenali sebagai Perjanjian Faisal-Weizmann 1919
yang dijalankan di Paris bersekali dengan Perjanjian Perdamaian Paris
1919.
Apa yang menarik adalah kisah setelah itu ketika ketumbukan
Wahabi-Ibn saud berlangsung pada 1924. British tidak lagi menyokong
membantu Sharif Hussein dan membiarkan pihak Ibn Saud yang menentang
Sharif Hussein untuk mendapatkan wilayah Hijjaz dan
Mekah-Madinah.Anaknya, Emir Faisal masih menjadi raja di Syria dan
kemudiannya Iraq sehingga beliau meninggal dunia pada 1933.
Sebelum
pergi lebih jauh, mari kita ketahui perihal Ibn Saud dan usaha
penaklukan beliau. Ketumbukan tentera Ibn Saud dianggap kuat setelah
kerjasama dengan Sheikh Muhammad Ibn Abd Wahab sehingga dapat memerintah
wilayah Diriyyah di Riyadh dari tahun 1744-1818 yang juga dikenali Arab
Saudi pertama. Empayar Turki Uthmaniyyah walaubagaimanapun cuba
mengambil kembali wilayah itu untuk bernaung di bawah Turki Uthmaniyyah
dengan menghantar Muhammad Ali Pasha. Pada 1818, Ibn Saud telah kalah
kepada Muhammad Ali Pasha. Walaubagaimanapun Ibn Saud cuba membina
kekuatan kembali dan cuba mendapatkan wilayah Riyadh tersebut pada 1824
apabila berperang dengan Bani Ar Rashid yang merupakan sekutu Empayar
Turki Uthmaniyyah.
Dari tahun 1824 itu iaitu zaman Arab Saudi
kedua, Ibn Saud terus merangka perancangan untuk berkuasa di wilayah
arab dengan tema tajdid ke arah pemurnian Islam bersama kelompok wahabi.
Kemuncaknya adalah peperangan dengan Bani Hashim pimpinan Sharif
Hussein yang dikisahkan tadi pada tahun 1924. Walaupun banyak kelompok
kabilah yang ingin menguasai wilayah Arab, ternyata setelah kejayaan
Bani Hashim dengan bersama pihak bersekutu pada era Perang Dunia Pertama
mengalahkan Khilafah Turki Uthmaniyyah, keturunan Saudi dianggap lebih
berjaya pasca Perang Dunia Pertama itu.
Ketumbukan tentera Ibn
Saud yang digelar "Ikhwan" itu telah berjaya melebar penguasaan wilayah
mereka sehingga pada tahun 1932 tertubuhlah dengan rasminya Kerajaan
Arab Saudi Ketiga yang diiktiraf oleh British (ertinya British tidak
akan mengganggu kedaulatan wilayah Ibn Saud), sementara banyak tanah
Arab lain masih di bawah mandat British. Apa yang lebih menarik, 6 tahun
selepas itu tahun 1938, simpanan minyak dijumpai di Arab Saudi oleh
penasihat kepada Ibn Saud iaitu Jack Philby (nama islamnya Sheikh
Abdullah). Beliaulah yang membawa syarikat Rockefeller, Standard Oil for
California (SOCAL) dan Texaco menguasai pasaran minyak Arab Saudi
seterusnya membentuk Arabian-American Oil Company (ARAMCO).
Baik,
siapa Jack Philby ini?Inilah manusia yang menjadi antara yang
berpengaruh membentuk peta semenanjung tanah Arab hari ini.Pada awal
kariernya menjadi agen British di tanah Arab beliau memegang beberapa
kepimpinan dalam institusi negara-negara mandat British pasca Perang
Dunia Pertama. Sebelum itu, beliau antara yang merancang untuk
menjayakan Kerajaan Persekutuan Arab di bawah misi Pemberontakan Arab
menentang Khilafah Turki Uthmaniyyah yang akan mengangkat Sharif Hussein
sebagai ketua negara-negara Arab bersatu yang meliputi kawasan dari
Syria hingga ke Yaman.Di dalam misi itu, beliau bekerjasama dengan T.E
Lawrence sebagai perancang perang membantu Sharif Hussein dan anaknya,
Emir Faisal.
Pada 1917, Philby dihantar kepada Ibn Saud sebagai
wakil British untuk perundingan.Dalam masa yang sama, Philby lebih
cenderung pada Ibn Saud untuk memerintah semenanjung Tanah Arab setelah
wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah dilepaskan selepas Perang Dunia
Pertama itu.Pada 1918, apabila berlakunya Perjanjian British-Perancis
yang membahagi-bahagikan tanah Arab untuk dijadikan wilayah mereka dan
pembentukan Deklarasi Balfour mewujudkan negara Israel, Philby merasakan
misi membentuk semenanjung arab bersatu telah dicurangi.1920, Philby
menjadi menteri keselamatan dalam negeri di Iraq pasca revolusi Iraq
sewaktu itu. Setahun setelah itu 1921, Philby dilantik menjadi Ketua
unit rahsia British di Mandat Palestin.1922, Philby ke London dan
bertemu semua pemimpin penting barat yang sedang mengoperasi wilayah
Arab termasuk Winston Churchill, King George, Prince of Wales, Baron
Rothschild, Wickham Steed, dan Chaim Weizmann, ketua pergerakan Zionis
sedunia.
Atas sebab berbeza dengan polisi British yang pro-Bani
Hasim sedangkan Philny pro-Ibn Saud, Philby diarahkan berhenti dari
semua jawatannya oleh British pada 1924. Namun kemudian, Ibn Saud
memanggil Philby menjadi penasihat beliau untuk membantu beliau
menguasai semenanjung Arab yang masih sebahagian besar berada di bawah
mandat British. 1925, Philby berunding dengan pihak British sebagai
wakil Ibn Saud, yang kemudiannya membawa kepada pengiktirafan British
kepada kedaulatan wilayah Ibn Saud dan sokongan British mula beralih
dari pro-Bani Hashim kepada pro-Ibn Saud.1930, Philby memeluk Islam dan
menggunakan nama Sheikh Abdullah.
Pada 1931, Philby menjemput
Charles R Crane warga Amerika untuk meneroka simpanan minyak di Arab
Saudi yang bakal ditubuhkan setahun selepas itu 1932 secara rasmi. Pada
1933, setahun setelah Arab Saudi ditubuhkan, syarikat Rockefeller
berurusan dengan Philby untuk menguasai minyak di sana melalui SOCAL dan
Texaco lalu terbentuklah ARAMCO 1936.Sehingga tahun 1973, kerajaan Arab
Saudi hanya memegang 25% saham ARAMCO membuatkan syarikat itu menjadi
aset Amerika paling bernilai dan penjana keuntungan Rockefeller yang
terbesar.Hanya pada tahun 1980, barulah ARAMCO dikuasai sepenuhnya oleh
Arab Saudi dan menukar namanya menjadi Saudi Aramco.
Dari kisah
penaklukan negara-negara Arab yang beralih kuasa dari
Uthmaniyyah-British-Bani Hasim-Saudi ini, kita dapat lihat akhirnya
kemuncak perolehan keuntungan minyak yang diidam-idamkan Rockefeller
untuk menguasai minyak di tanah Arab tercapai walaupun sukar untuk kita
buktikan Rockefeller berada di sebalik segala konflik dan permainan
politik perang di sana, namun jelas tanpa mampu disangkal tahun
1914-1933 (19 tahun), dari minyak ditemui di Arab dan Perang Dunia
tercetus hingga perundingan bersama Philby yang menjadi penasihat Ibn
Saud, membawa kepada kejayaan Standard Oil memegang saham terbesar
pemprosesan minyak di tanah Arab selama lebih 40 tahun.
KESIMPULANDengan
pengaruh Rockefeller dalam PBB yang asas penubuhannya tak dapat lari
dari Rockefeller, dan pengaruh kuat Rockefeller dalam industri minyak
dan kewangan dunia, seolah-olah politik dunia dalam kerangka perang
dunia pertama, kedua dan mungkin menjurus kepada ketiga ini tidak dapat
melarikan sosok keluarga Rockefeller yang sudah berkembangbiak dalam
segenap institusi dan industri dunia, baik politik, ekonomi mahupun
pendidikan dan sosial. Ada banyak lagi fakta mengenai kaitan pembangunan
Israel, permainan ekonomi Dollar (kapitalis), dasar perang Amerika
zaman milennium,demokrasi, globalisme dan idea Orde Baru Dunia yang
tidak disentuh lagi yang punya kaitan dengan Rockefeller.
Jangan kita lupa ucapan John D. Rockefeller,
"Some..
believe we are part of a secret cabal working against the best
interests of the United States, characterizing my family and me as
'internationalists' and of conspiring with others... to build a more
integrated global political and economic structure - one world, if you
will. If that is the charge, I stand guilty, and I am proud of it,"
Rockefeller, David. Memoirs. New York: Random House, 2002. p. 405.
Dan
buku bertajuk "The New World Order" tahun 1919 dan yang ditulis oleh
Samuel Zane Batten yang menyokong idea "Satu Kerajaan Dunia" oleh
Rockefeller menulis,
"World patriotism must be a
faith... There is no more justice for the claim of absolute sovereignty
on the part of a nation than on the part of an individual... The only
alternative is World Federation... with a world parliament... an
international court... an international police force... Men must have an
international mind before there can be a world federation. They must
see and affirm that above the nation is humanity. Internationalism must
first be a state of mind, an ideal, a chivalry, a religion, before it
can be a reality and a system."Batten, Samuel Zane. The New World
Order. American Baptist Publication Society, 1919. p. 117-159.
Dan
kita juga tidak wajar melupakan tahun 1919 ketika Liga Bangsa-bangsa
ditubuh di Paris dan terbitnya buku "The New World Order" oleh Batten
itu, John D. Rockefeller Jr anak lelaki tunggal John D. Rockefeller
telah menubuhkan Interchurch World Movement (IMW) yang beliau anggap
lebih penting dari Liga Bangsa-bangsa. Malah setelah itu membawa kepada
penubuhan The Federal Council of Churches dan The World Council of
Churches yang akhirnya bersekutu peranannya dengan PBB.
Mungkin kali ini kita memahami ke manakah impian untuk dunia sejagat oleh Rockefeller- Penaklukan Dunia.